Wednesday, August 24, 2011

aku x pasti

Yeah, aku telah melakukan keputusan yang aku sendiri x pasti.

Hanya melayan lagu2 di laptop ku.

Memetik gitar supaya aku tenteram.

Aku risau,

Aku Bimbang,

Aku akan gagahkan jua walaupun apa pun halangan,

Semoga keputusan aku ini diberkati dan dirahmati ALLAH.

Friday, August 19, 2011

Walaupun kita x rapat..

Tepat pukul 4.00 a.m. , 19 Ramadhan, 19 ogos 2011, aku telah dikejutkan dengar khabar berita yang tidak indah untuk ditatapi namun Allah itu Maha Berkuasa.

Muhammad Syafiq Mohammed Ariff telah kembali kerahmatullah sebentar tadi..beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 4AM tadi,di HUKM..semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman..maafkan segala salah silap..halalkan makan,minum beliau..AL-FATIHAH...AMIN.......
 yeah, salah seorang sahabat aku telah pergi selamanya meninggalkan kami semua didunia yang fana ini. Aku cuma terkilan, sedih, hiba kerana orang2 seperti beliau pun telah PERGI. Bila MASA aku pulak. Aku tidak tahu mengapa tapi hati ni sayu je apabila aku terkenang zaman2 kami bergurau2 dulu masa di sekolah. Mungkin kerana tuan kepada personaliti itu telah tiada. Aku mahu memohon kemaafan jikalau dahulu aku pernah bergurau kasar dengan beliau tetapi Allah lebih menyayangi beliau.
Sahabat,walaupun kita dahulu tidaklah rapat, namun gelak tawa kita dulu masih lagi terngiang2 di telinga aku. Aku hiba. Semoga kau dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat2 orang beriman. Itu doa aku kepada kau sahabat. Aku bersyukur kita bersahabat walaupun seketika. Kami semua yangbergelar Sahabat sentiasa mendoakan engkau ditempat2 yang baik. Amin